Sunday, September 28, 2014

Subjek Kajian & Sumber Idea

TEMA PROJEK : WARISAN MALAYSIA "UNIKNYA MALAYSIA"...

SUMBER IDEA @ IMEJ PILIHAN 1 :: BECA :: 

Beca merupakan suatu kenderaan beroda tiga yang berasal dari perkataan lanca iaitu merujuk kepada suatu kenderaan pengangkutan barang atau manusia pada suatu ketika dahulu (RUJUK GAMBAR)

Di Malaysia, dalam suatu rekod bertulis, bermula di Singapura pada 1914 apabila 15 beca telah didaftarkan dan diperkenalkan  sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Beca ini mempunyai pengayuh disebelah sisi penumpang.

Terdapat juga model beca yang mempunyai pengayuh di bahagian belakang atau di hadapan penumpang. Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan kepada para penumpang.
Rekod beca terawal adalah apabila ia digunakan di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. 

agaimanapun ia didapati sukar dikendalikan melalui jalan yang sempit dan berliku-liku berbanding lanca yang ditarik sendiri oleh manusia. Oleh sebab kerana itu, beca pertama 1914 kemudiannya dijual dan bawa ke tanah Jawa. Hanya pada sekitar akhir 1920-an beca kembali diperkenalkan di Singapura dan kegunaannya meningkat dengan kedatangan golongan migran China yang mendapati membawa beca memberikan pendapatan yang baikkepada ekonomi mereka.

Beca kemudian menjadi semakin popular di negara-negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, dan boleh dikatakan di seluruh Asia. (Berbeza mengikut reka bentuknya setiap negara)

Beca digunakan bagi mengangkut penumpang, tetapi terdapat juga beca yang digunakan khusus bagi mengangkut barang-barang.

Berikut iala beberaa contoh beca yang terdapat di Malaysia, didahulukan dengan gambar apa itu :: LANCA ::...




:: BECA :: 








Subjek idea kedua, :: TERABAI :: 

Terabai atau dengan kata lain yang mudah ialah Perisai adalah lambang kepahlawanan kaum Iban di Sarawak pada suatu era dahulu kala.
Terabai ialah nama tempatan bagi masyarakat Iban di Negeri Sarawak.

Terabai dahulu kala mempunyai banyak motif yang tersendiri dan mempunyai suatu nilai estetik yang tinggi.
Ada kepercayaan sesetengah masyarakat Iban setempat tidak meletakkan bercorak asli yang terlalu "berat" agar dapat menjaga tatasusila pantang larang.

Terabai ini merupakan antara kesenian nenek moyang masyarakat Iban yang masih ada sehingga kini. 

Subjek idea ketiga, :: KOTA A'FAMOSA :: 

Sebelum saya memilih subjek idea juga, saya juga perlu kenal latar belakang subjek yang saya pilih. Seterusnya ialah sejarah Pembentukan Kota A.Famosa, bagi subjek idea saya yang kedua.

A' Famosa merupakan nama sebuah kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluki Melaka pada tahun 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Kota Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina sebuah kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu pada ketika itu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar sebagai “A' Famosa”, atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca).

Kota A' Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan utama bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain yang ditelah runtuhan akibat serangan yang berlaku pada ketika itu.


Pembinaan kota A' Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan kepada penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina sebuah kota pertahanan sebaik sahaja mereka berjaya menguasai bandar Melaka.

Kota A' Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

A' Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan masyarakat Eropah pada zaman penjajahan mereka pada ketika itu. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.


Fort A’ Formosa: Perobohan oleh pihak British diberhentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di Melaka. Apa yang ditinggalkan dipelihara sehingga hari kini.


Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.

Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.

Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota ‘A Famosa’ pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.


Keistimewaan Kota A Famosa

i) Bahan binaan
Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

ii) Pengubahsuaian
Pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

iii) Hiasan dalaman
Kota A Famosa dilengkapi dengan empat menara atau ketelom (bastion) dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Ia juga dilindungi dengan tujuh puluh meriam di semua arah.

iv) Kegunaan dahulu dan sekarang
Pada zaman dahulu bangunan ini digunakan untuk mempertahankan Melaka. Kini ia dijadikan kawasan tarikan pelancong domestik mahupun antarabangsa.

v) Cara pembinaan
Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu.

(vi) Tujuan penubuhan bangunan
A Famosa dibina bertujuan untuk dijadikan kubu pertahanan Melaka. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya

No comments:

Post a Comment