Sunday, September 28, 2014

SENI :: Antara TOKOH-TOKOH ARCA dunia dan di Malaysia.

Perkembangan seni lukis moden telah meluaskan pengertian dan peranan seni arca, lantas melahirkan kemungkinan-kemungkinan baru dalam pengolahan bentuk dan isinya. Arca dihayati sebagai sesuatu cabang kesenian yang berkaitan dengan engkajian bentuk-bentuk tiga dimensi serta berpaut kepada unsur-unsur formalistik seni seperti ruang, jalinan, warna struktur dan rupa.

Unsur-unsur formalistik ini mendukungi isi-isi tertentu yang berkisarkan kepada persoalan kebudayaan, kesenian, dan tidak kurang juga tentang nilai-niali keagamaan yang dimasukkan. Namun pada hakikatnya, pengertian seni arca menjadi lebih luas dan tidak terkongkong seperti zaman sebelumnya.

Keluasan pengertian seni arca serta sifat seni lukis moden yang menggalakkan penerokaan media telah berjaya melahirkan pelbagai bentuk arca atas dorongan dan keinginan gerak rasa pelukis serta faktor-faktor persekitaran.

Seni arca mula berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an, tetapi cuma sebagai seni sampingan atau kegiatan pinggiran kepada seni catan. Kebanyakkan daripada pelukis yang menghasilkan arca merupakan para seniman catan seperti Anthony Lau dan juga Zulkifli Yusoff.

PENGARCA MALAYSIA

Anthony Lau

Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Johor Bahru, dan menerima pendidikan Seni di Brighton College of Art, Sussex, England pada tahun 1957 dan Indiana University di Bloomingtoon, Amerika Syarikat pada tahun 1968. Beliau berjaya mempengaruhi pelukis-pelukismuda dan guru-guru seni lukis pada lewat tahun 1950-an dengan konsep-konsep yang terbaru.

Sumbangan utama beliau kepada kegitan seni ialah dalam bidang seni arca.
Beliau merupakan seorang daripada ahli Friday Art Group seangkatan dengan Syed Ahmad Jamal dan juga Jolly Koh. Beliau adalah antara daripada seseorang yang mempunyai sikap yang kukuh terhadap bahan dan ciri konvensional dalam suatu seni arca yang dihasilkan beliau.
Antara karya yang menjadi tatapan masyarakat sehingga kini :




"RIMBA"-1967
Arca Besi betemakan Rimba - Peniruan Alam.


Gaya
Serpihan batang besi pelbagai ukuran mencetuskan imej rimba yang tandus. Susunan batang besi yang tinggi rendah, jrang dan padat, menimbulkan kesan tembus cahaya, serta timbulan garis yang berbeza-beza.

Nilai
Menunjukkan keindahan alam, peka terhadap ciri-ciri perhubungan antara dahan, batang, dan ranting tumbuhan telah berupaya menonjolkan mesej kepentingan bagi memelihara alam sekitar.





"HASIL LAUT"
Arca logam bentuk imejan konkrit hasil laut yang mempunyai sifat-saifat deskriptif.

Gaya
Bentuk hasil yang kelihatan gagah dan kuat ini berupaya melahirkan ruang dalaman dan luaran yang amat jelas. Jalur dan jalinan melencong menghasilkan suatu gerakkan yang penuh impak kepada audiens yang menghayatinya.

Nilai
Menjadi representasi kehidupan laut serta menampilkan kefahaman dan kemahiran mengolah bahan yang digunakan.

...     ...     ...     ...     ...     ...

Ramdan Abdullah


Antara karya beliau ialah ::


"UNITY IN DIVERSITY"- 2012
213cm(h) x 182cm(w) x 213cm (l) - Stainless Steel



"Destructed Orb"- 2012
100cm(h) x 57cm(w) x 50cm (l) - Aluminium & Mild Steel

...     ...     ...     ...     ...     ...

Ham Rabeah Kamarun


Antara karya beliau ialah ::




"Siri Pohon i & ii"- 2006
Variable Dimensions - Clay & Oxides


"Siri Rimbun ii"- 2006
Variable Dimensions - Clay & Oxides

...     ...     ...     ...     ...     ...

Zulkifli Yusoff


Beliau dilahirkan pada 25 Januari 1962 di Yan, Kedah. 
Beliau mendapat pendidikan awal di MARA Institute of Technology (MIT), Shah Alam, Malaysia dan memperoleh Diploma in Art & Design (Fine Art). Beliau kemudiannya menyambung pelajarn ke peringkat lebih tinggi dengan mengambil Master of Art di Manchester Polytechnic, UK.
Beliau kini merupakan antara salah seorang tenaga pengajar di Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, UPSI sehingga kini.

Antara karya beliau ialah ::

'Negaraku' secara saksama juga adalah otobiografi Zulkifli: beliau menangkap imejan, tanda, atau suatu yang menjadi kebiasaan masyarakat yang dilihat dan didengarinya dari Yan, Shah Alam, Kelang, sehinggalah ke bumi Tanjung Malim dan sudah tentunya juga tempat-tempat lain yag dilawati dan disinggahi oleh beliau. Sema diluahkan menjadi kolaj-kolaj sejarah dan sosio-budaya sebuah negara bernama MALAYSIA. Dekad 1960-an dan 70-an Malaysia adalah zaman awal 'pengisian kemerdekaan' bagi negara, di mana pihak kerajaan yang memerintah bertungkus lumus memenangi hati rakyta dengan pelbagai rancangan masa hadapan di samping mempertahankan rakyat dan budayanya dari terus diresapi oleh ansir-anasir yang tidak diingini.


Wave, 2010, painted metal
677 x 146 cm

Peace 1, 2010, painted metal
677 x 146 cm

Sedangkah Lidah Lagi Tergigit, 2009
fiberglass, resin, acrylic, canvas & wood
240 x 155 x 480 cm

Bunga Raya, 2010, metal etching
580 x 480 x 253 cm

Merdeka, 2010
mixed media installation

Kebun Pak Awang, 2010
mixed media installation

Power 1, 1991
collection Singapore Art Museum
exhibition at NUS Museum, Singapore

Aku, Ayah dan Lagu Patriotik
2010, mixed media installation

"Siri Negaraku"- 2010



"Rukun Negara 2"- 2013

...     ...     ...     ...     ...     ...

Bayu Utomo Radjikin
Beliau dilahirkan pada 20 arch 1969 di Tawau, Sabah. Beliau mendapat pendidikan seni awal di Uitm MARA, Shah Alam dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Seni Halus.
Antara karya beliau ialah ::


"Bujang Berani"- 1991
55cm x 100cm x 100cm - Logam dan P.o.p (Pluster of Paris)



"Lang Kacang"- 1991
141cm x 104cm x 120cm - Media Campuran (Pluster of Paris)

...     ...     ...     ...     ...     ...

Raja Shahriman Raja Aziddin


Beliau dilahirkan pada 17 November 1967 di Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapatkan Diploma dalam Seni dan Reka Bentuk (Seni Halus), Uitm MARA, Major Arca.

Antara karya arca beliau ialah ::


"Tangisan Ambon"- 2008
56cm x 70cm x 80cm - Forged, Fabricated & Painted Steel



"Api, Bayangan Kemenyan 6"- 1998
43cm x 88cm - Metal

...     ...     ...     ...     ...     ...

Mohd Azhar Abd Manan


Beliau dilahirkan pada 19 Julai 1961 di Simpang Durian , Jelebu, Negeri Sembilan.
Beliau merupakan seorang graduan Uitm MARA pada tahun 1989 mengambil Ijazah Sarjana Muda Seni dan Reka Bentuk (Seni Halus) dan menyambung pelajarannya ke lebih tinggi dengan mengambil Master dalam Seni Halus di The Maryland, Institut Kolej Seni Baltimore, Maryland, USA pada tahun 1994.
Antara karya arca beliau ialah ::





"About Life"- 2011
244.5ft x 62ft,  108ft x 62 ft - Brown Paper Bag, Water-Based @oil Based Media




"Sarawak - Aku Lihat Warisan yang Hilang": Documentataion VI" - 1989
308cm x 556cm - Mix Media

...     ...     ...     ...     ...     ...

PENGARCA LUAR NEGARA

Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira tahun 8000 S.M. Masyarakat zaman tamadun awal seperti orang Mesir, Yunani, Mesopotamia, China, dan India turut menghasilkan beraneka jenis seni arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan.Pada zaman ini, subjek dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan fungsinya sebagai lambang yang bekaitan dengan system kepercayaan dan keagamaan mereka.

Pengarca yang termahsyur yang mula menceburi bidang seni arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua iaitu Henry Moore yang berbangsa Inggeris dan Alberto Giacometti, warganegara Switzerland.Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk penghasilan arca beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa dan sebagainya kepada bahan plastic, nilon, fabric, dan bahan buangan lain.

Seni arca mula diketahui apabila terjumpanya patung kecil Cyladic yang diukir di sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4500 tahun yang lalu. Ketika itu boleh dikatakan semua arca-arca yang dibina berbentuk figura manusia dan ianya berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan pada masa itu. Sebagai contoh ialah arca terkenal yang bertajuk The Laocoon (50 SM) yang menunjukkan satu situasi dramatik tiga orang lelaki di belit ular. Pada abad ke-20, para arcawan mula mengubah bentuk arca kepada bentuk yang abstrak seperti Hendry Moore dan Alberto Giacomitti.


Hasil Projek ARCA

TEMA PROJEK : WARISAN MALAYSIA "UNIKNYA MALAYSIA"...

Projek kali ini bertemakan Warisan Malaysia tentang uniknya Malaysia, dengan menggunakan Kota A'Famosa (dari negeri Melaka), Terabai (dari negeri Sarawak), dan juga Beca (dari negeri Pulau Pinang) menjadi sumber kepada subjek pilihan.

Pandangan Hadapan

Pandangan Sisi Kiri

Pandangan sisi kanan

Pandangan dari atas

Pandangan serong dari sisi kanan

Pandangan serong dari sisi kiri

Pandangan dari sisi bawah

Pandangan sisi atas


Perkembangan Idea


Sebelum produk karya dihasilkan, kita perlu melakarkan design atau reka bentuk yang hendak kita hasilkan pada akhir penghasilan arca timbulan ini.

1. Proses melakar IDEA.

Lakaran Idea 1

Lakaran Idea 2

Lakaran Idea 3

Lakaran Idea 4

Lakaran Idea 5


2. Proses Pembuatan Arca

Proses pembuatan arca timbulan dimulakan dengan menggunakan tanah liat yang diisikan kedalam kayu yang berukuran 6x6 inci.

Tanah Liat

Kayu yang berukuran 6x6 inci

Tanah liat diisi ke dalam ruang kayu tadi sehingga memenuhi ruang kayu.



Keadaan tanah liat yang sudah memenuhi ruang kayu 6x6 inci tadi.

Seterusnya ialah proses melakar idea yang dipilih ke atas tanah liat dan sebelum itu, keluarkan terlebih dahulu tanah liat tadi daripada ruang kayu tadi.

Bagi memudahkan proses pembuatan, tindan lakaran idea yang dipilih  di atas tanah liat dengan menggunakan objek tumpul (pensel tumpul) tekan mengikut garisan lakaran idea pada tanah liat.
Tekanan yang diperlukan adalah sederhana supaya tanah liat tidak mengalami sebarang kerosakkan.


Sentiasa memerhati aktiviti penekanan tadi supaya meninggalkan kesan ke atas tanah liat tadi.


Keadaan tanah liat yang selesai mengalami proses melakar ke atas tanah liat tadi.

3. Proses meluak dan mengukir

Gunakan apa-apa objek tajam atam tumpul atau peralatan memotong untuk memulakan proses pembuatan dan penimbulan arca tadi. Proses ini dikenali sebagai luak, iaitu teknik luakan.

Lakukan dengan cermat dan potong mengikut keperluan rekaan.






Keadaan arca yang telah selesai diluak dan diukir mengikut idea asal yang dipilih.

pandangan hadapan

pandangan sisi kiri

pandangan sisi kanan


4. Proses membuat acuan untuk penghasilan produk.

Proses penghasilan produk baru daripada tanah liat yang tersedia.



Sediakan kayu yang berukuran 9x9 inci bagi dijadikan sebagai mothermoule kepada tanah liat tadi atau lebih dikenali sebagai tempat letaknya acuan asal.


Dengan menggunakan thinner dan rubber silicon yang telah dicampurkan,
sapukan ke atas tanah liat tadi.




Thinner hanya dicampurkan bersama untuk lapisan pertama sahaja, bagi berupaya mengisi ruang-ruang yang kecil dan susah untuk dimasuki  dan dipenuhi oleh rubber silicon.


Lapisan kedua, tanah liat terus disapu dengan rubber silicon tanpa mencampurkan thinner lagi.

Lapisan Ketiga.

Biarkan seketika sebelum masuk kepada lapisan seterusnya.

Lapisan kelima. Ketebalan lapisan terpulang kepada pengkarya. Lebih tebal acuan, lebih elok dan mudah mendapatkan acuan yang berkualiti. Pastikan rubber silicon disapu dengan meliputi semua tanah liat tadi.

Keadaan rubber silicon yang telah kering dan sedia untuk dikeluarkan dari tanah liat
dan proses pengeringan mengambil masa sehingga 2-3 hari mengikut ketebalan rubber silicon yang digunakan ke atas tanah liat.

Buka dengan bermula dengan memisahkan antara rubber silicon  dengan tanah liat dari bahagian tepi atau sisi dahulu.


Lakukan dengan berhati-hati supaya tiada yang patah (tanah liat) dan koyak (moule/acuan)




Keadaan acuan yang berjaya dikeluarkan dengan kemas.



5. Proses menghasilkan tempat utamamenghasilkan produk daripada acuan yang telah disiapkan.


Bancuh P.o.p dengan mencampurkan air ke dalam adunan tepung p.o.p dan kacau dengan perlahan sehingga sebati dan tidak ada yang berketul-ketul. Pastikan campuran tersebut tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

Tuang ke dalam acuan yang telah di isikan kembali tanah liat di bahagian tengah bagi memampatkan lagi p.o.p sementara menunggu ia kering dan membentuk segi empat mengelilingi acuan.

Ratakan adunan p.o.p tadi sehingga permukaan nya rata.

Setelah kering dibahagian sebelah tadi, terbalikkan dengan berhati-hati dan tinggalkan sekejap untuk keringkan bahagian bawah yang terlindung tadi. Biarkan buat seketika.




Gunakan objek keras, dengan mengetuk bahagian sisi acuan yang mengeras disebabkan oleh adunan p.o.p tadi. Proses ini bertujuan untuk memudahkan tanah liat dikeluarkan kembali



Keluarkan tanah liat daripada acuan terlebih dahulu dengan merenggangkan semua bahagian tepi acuan.

Tanah liat berjaya dikeluarkan bagi mother mole menghasilkan acuan.

6. Proses menghasilkan produk.


Bancuh P.o.p dengan mencampurkan air ke dalam adunan tepung p.o.p dan kacau dengan perlahan sehingga sebati dan tidak ada yang berketul-ketul. Pastikan campuran tersebut tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

Tuang ke dalam acuan utama dan pastikan rata keseluruhan tempat acuan.
Hasil daripada keringan p.o.p dibancuh dan dituang ke dalam acuan.


7. Proses mewarna produk.

Setelah kering, proses mewarna mengambil tempat.











Setelah siap mewarnakan arca timbulan tadi, keringkan buat seketika dan bagi mengekalkan warnanya daripada terus pudar, gunakan spray clear mematikan warna yang telah kering tadi supaya warna tidak luntur.


Produk yang berjaya dihasilkan.