"Table Sculpture" bermaksud suatu arca yang boleh dikatakan sebagai suatu arca yang berfungsi terus ke atas permukaan meja. Hal ini kerana, tiada cakupan yang khusus tentang "Table Sculpture" kini. pelbagai teknik yang boleh dilakukan untuk penghasilan "Table Sculpture" ini.
"Table Sculpture" ini masih di boleh dikategorikan sebagai suatu pengucapan hasil seni yang bersifat tiga dimensi yang boleh diamati dalam ruang realiti atau ruang sebenar. Kebiasaannya, "Table Sculpture" dihasilkan dalam saiz yang kecil.
"Table Sculpture" ini terdiri daripada dua jenis, iaitu :
ARCA BERFUNGSI
Suatu hasil seni yang berbentuk tiga dimensi yang dapat digunakan oleh manusia untuk tujuan tertentu. Penghasilannya menekankan fungsi atau kegunaan sesuatu.
Contoh arca berfungsi ialah labu sayung untuk mengisi air, tugu negara sebagai peringatan, batu nisan untuk menanda kubur dan keris untuk sengaja atau upacara ritual. Namun untuk "Table Sculpture" , fungsinya mungkin untuk menyimpan barangan kecil atau besar atau digunakan untuk menindan barangan atau helaian. Kebiasaannya "Table Sculpture" ini berada di atas meja.
FUNGSI :: untuk dijadikan lampu meja
FUNGSI :: untuk memberikan satu arahan
FUNGSI :: untuk dijadikan sebagai lampu lantai
FUNGSI :: untuk dijadikan lampu meja
ARCA ESTETIKA
Suatu penghasilan acra estetik menekankan aspek keindahan dan menyampaikan suatu mesej kepada audiens seni. Biasanya arca estetik ini diletakkan di galeri atau tempat yang sesuai atau mudah dilihat audiens. Contohnya di tempat awam seperti di taman atau laman tertentu. Bagi "Table Sculpture" ini, fungsinya mungkin hanya digunakan untuk menjadi perhiasan semata-mata.
No comments:
Post a Comment