TEMA PROJEK : WARISAN MALAYSIA "UNIKNYA
MALAYSIA"...
SUMBER IDEA @ IMEJ PILIHAN 1 :: BECA ::
Beca merupakan suatu kenderaan beroda tiga yang berasal
dari perkataan lanca iaitu merujuk kepada suatu kenderaan pengangkutan
barang atau manusia pada suatu ketika dahulu (RUJUK GAMBAR)
Di Malaysia, dalam suatu rekod bertulis, bermula di
Singapura pada 1914 apabila 15 beca telah didaftarkan dan diperkenalkan
sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Beca ini mempunyai pengayuh
disebelah sisi penumpang.
Terdapat juga model beca yang mempunyai pengayuh di bahagian
belakang atau di hadapan penumpang. Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan
kepada para penumpang.
Rekod beca terawal adalah apabila ia digunakan di Singapura
pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga
Taman Upton.
agaimanapun ia didapati sukar dikendalikan melalui jalan
yang sempit dan berliku-liku berbanding lanca yang ditarik sendiri
oleh manusia. Oleh sebab kerana itu, beca pertama 1914 kemudiannya dijual dan
bawa ke tanah Jawa. Hanya pada sekitar akhir 1920-an beca kembali
diperkenalkan di Singapura dan kegunaannya meningkat dengan kedatangan golongan
migran China yang mendapati membawa beca memberikan pendapatan yang baikkepada
ekonomi mereka.
Beca kemudian menjadi semakin popular di negara-negara
Asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, dan boleh dikatakan di
seluruh Asia. (Berbeza mengikut reka bentuknya setiap negara)
Beca digunakan bagi mengangkut penumpang, tetapi terdapat
juga beca yang digunakan khusus bagi mengangkut barang-barang.
Berikut iala beberaa contoh beca yang terdapat di Malaysia,
didahulukan dengan gambar apa itu :: LANCA ::...
:: BECA ::
Subjek idea kedua, :: TERABAI ::
Terabai atau dengan kata lain
yang mudah ialah Perisai adalah lambang kepahlawanan kaum Iban di Sarawak
pada suatu era dahulu kala.
Terabai ialah nama tempatan bagi masyarakat Iban di
Negeri Sarawak.
Terabai dahulu kala mempunyai
banyak motif yang tersendiri dan mempunyai suatu nilai estetik yang tinggi.
Ada
kepercayaan sesetengah masyarakat Iban setempat tidak meletakkan bercorak asli yang
terlalu "berat" agar dapat menjaga tatasusila pantang larang.
Terabai ini merupakan antara
kesenian nenek moyang masyarakat Iban yang masih ada sehingga kini.
Subjek idea ketiga, :: KOTA A'FAMOSA ::
Sebelum saya memilih subjek idea juga, saya juga
perlu kenal latar belakang subjek yang saya pilih. Seterusnya ialah sejarah
Pembentukan Kota A.Famosa, bagi subjek idea saya yang kedua.
A' Famosa merupakan nama sebuah kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluki Melaka pada tahun 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Kota Melaka, Portugis menggunakan
buruh paksa untuk membina sebuah kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang
Melayu pada ketika itu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar sebagai “A' Famosa”, atau
secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca).
Kota A' Famosa mengambil masa
selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan,
ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan utama bagi membina
kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain yang ditelah runtuhan akibat serangan yang berlaku pada ketika itu.
Pembinaan kota A' Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan
menjadi lambang penentangan kepada penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak
Portugis membina sebuah kota pertahanan sebaik sahaja mereka berjaya menguasai bandar Melaka.
Kota A' Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara dengan tembok setebal 2.4
meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San
Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo
Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi
bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
A' Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan masyarakat Eropah pada zaman penjajahan mereka pada ketika itu.
Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan
Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan
5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota
ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan
dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas
Melaka.
Fort A’ Formosa: Perobohan oleh pihak British diberhentikan oleh Sir Stamford
Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di Melaka. Apa yang ditinggalkan
dipelihara sehingga hari kini.
Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa
yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A
Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk
merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi
penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan
terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa
dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki
kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan
dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua
tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup
dan diratakan.
Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford
Raffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka
atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A
Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan
India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan.
Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan
Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau
Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya
tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga
penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda
meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya
terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu
meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.
Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi
ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan
Kota ‘A Famosa’ pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir
seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat
hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.
Keistimewaan Kota A Famosa
i) Bahan binaan
Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
ii) Pengubahsuaian
Pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas
pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya
pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".
iii) Hiasan dalaman
Kota A Famosa dilengkapi dengan empat menara atau ketelom (bastion) dengan
tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali
sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios,
Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Ia juga dilindungi dengan
tujuh puluh meriam di semua arah.
iv) Kegunaan dahulu dan sekarang
Pada zaman dahulu bangunan ini digunakan untuk mempertahankan Melaka. Kini ia
dijadikan kawasan tarikan pelancong domestik mahupun antarabangsa.
v) Cara pembinaan
Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk
membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu.
(vi) Tujuan penubuhan bangunan
A Famosa dibina bertujuan untuk dijadikan kubu pertahanan Melaka. Penjajah
Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat
beribadat, biara, hospital dan sebagainya
No comments:
Post a Comment