Sunday, September 28, 2014

Perkembangan Idea


Sebelum produk karya dihasilkan, kita perlu melakarkan design atau reka bentuk yang hendak kita hasilkan pada akhir penghasilan arca timbulan ini.

1. Proses melakar IDEA.

Lakaran Idea 1

Lakaran Idea 2

Lakaran Idea 3

Lakaran Idea 4

Lakaran Idea 5


2. Proses Pembuatan Arca

Proses pembuatan arca timbulan dimulakan dengan menggunakan tanah liat yang diisikan kedalam kayu yang berukuran 6x6 inci.

Tanah Liat

Kayu yang berukuran 6x6 inci

Tanah liat diisi ke dalam ruang kayu tadi sehingga memenuhi ruang kayu.



Keadaan tanah liat yang sudah memenuhi ruang kayu 6x6 inci tadi.

Seterusnya ialah proses melakar idea yang dipilih ke atas tanah liat dan sebelum itu, keluarkan terlebih dahulu tanah liat tadi daripada ruang kayu tadi.

Bagi memudahkan proses pembuatan, tindan lakaran idea yang dipilih  di atas tanah liat dengan menggunakan objek tumpul (pensel tumpul) tekan mengikut garisan lakaran idea pada tanah liat.
Tekanan yang diperlukan adalah sederhana supaya tanah liat tidak mengalami sebarang kerosakkan.


Sentiasa memerhati aktiviti penekanan tadi supaya meninggalkan kesan ke atas tanah liat tadi.


Keadaan tanah liat yang selesai mengalami proses melakar ke atas tanah liat tadi.

3. Proses meluak dan mengukir

Gunakan apa-apa objek tajam atam tumpul atau peralatan memotong untuk memulakan proses pembuatan dan penimbulan arca tadi. Proses ini dikenali sebagai luak, iaitu teknik luakan.

Lakukan dengan cermat dan potong mengikut keperluan rekaan.






Keadaan arca yang telah selesai diluak dan diukir mengikut idea asal yang dipilih.

pandangan hadapan

pandangan sisi kiri

pandangan sisi kanan


4. Proses membuat acuan untuk penghasilan produk.

Proses penghasilan produk baru daripada tanah liat yang tersedia.



Sediakan kayu yang berukuran 9x9 inci bagi dijadikan sebagai mothermoule kepada tanah liat tadi atau lebih dikenali sebagai tempat letaknya acuan asal.


Dengan menggunakan thinner dan rubber silicon yang telah dicampurkan,
sapukan ke atas tanah liat tadi.




Thinner hanya dicampurkan bersama untuk lapisan pertama sahaja, bagi berupaya mengisi ruang-ruang yang kecil dan susah untuk dimasuki  dan dipenuhi oleh rubber silicon.


Lapisan kedua, tanah liat terus disapu dengan rubber silicon tanpa mencampurkan thinner lagi.

Lapisan Ketiga.

Biarkan seketika sebelum masuk kepada lapisan seterusnya.

Lapisan kelima. Ketebalan lapisan terpulang kepada pengkarya. Lebih tebal acuan, lebih elok dan mudah mendapatkan acuan yang berkualiti. Pastikan rubber silicon disapu dengan meliputi semua tanah liat tadi.

Keadaan rubber silicon yang telah kering dan sedia untuk dikeluarkan dari tanah liat
dan proses pengeringan mengambil masa sehingga 2-3 hari mengikut ketebalan rubber silicon yang digunakan ke atas tanah liat.

Buka dengan bermula dengan memisahkan antara rubber silicon  dengan tanah liat dari bahagian tepi atau sisi dahulu.


Lakukan dengan berhati-hati supaya tiada yang patah (tanah liat) dan koyak (moule/acuan)




Keadaan acuan yang berjaya dikeluarkan dengan kemas.



5. Proses menghasilkan tempat utamamenghasilkan produk daripada acuan yang telah disiapkan.


Bancuh P.o.p dengan mencampurkan air ke dalam adunan tepung p.o.p dan kacau dengan perlahan sehingga sebati dan tidak ada yang berketul-ketul. Pastikan campuran tersebut tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

Tuang ke dalam acuan yang telah di isikan kembali tanah liat di bahagian tengah bagi memampatkan lagi p.o.p sementara menunggu ia kering dan membentuk segi empat mengelilingi acuan.

Ratakan adunan p.o.p tadi sehingga permukaan nya rata.

Setelah kering dibahagian sebelah tadi, terbalikkan dengan berhati-hati dan tinggalkan sekejap untuk keringkan bahagian bawah yang terlindung tadi. Biarkan buat seketika.




Gunakan objek keras, dengan mengetuk bahagian sisi acuan yang mengeras disebabkan oleh adunan p.o.p tadi. Proses ini bertujuan untuk memudahkan tanah liat dikeluarkan kembali



Keluarkan tanah liat daripada acuan terlebih dahulu dengan merenggangkan semua bahagian tepi acuan.

Tanah liat berjaya dikeluarkan bagi mother mole menghasilkan acuan.

6. Proses menghasilkan produk.


Bancuh P.o.p dengan mencampurkan air ke dalam adunan tepung p.o.p dan kacau dengan perlahan sehingga sebati dan tidak ada yang berketul-ketul. Pastikan campuran tersebut tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

Tuang ke dalam acuan utama dan pastikan rata keseluruhan tempat acuan.
Hasil daripada keringan p.o.p dibancuh dan dituang ke dalam acuan.


7. Proses mewarna produk.

Setelah kering, proses mewarna mengambil tempat.











Setelah siap mewarnakan arca timbulan tadi, keringkan buat seketika dan bagi mengekalkan warnanya daripada terus pudar, gunakan spray clear mematikan warna yang telah kering tadi supaya warna tidak luntur.


Produk yang berjaya dihasilkan.





No comments:

Post a Comment