Tuesday, December 23, 2014

Miniature Sculpture :: Contoh-contoh Miniature Sculpture.

Berikut ialah antara contoh-contoh
Miniature Sculpture yang telah di buat oleh pengkarya seluruh dunia.

KARYA :: SHAY AARON - Miniature Food









KARYA :: ISAAC CORDAL - Human Body








KARYA :: NANCY FOUTS'









Miniature Sculpture :: Definisi dan pengenalan

Menurut Miniature Art Society of Florida, pada tahun 2012, menyatakan bahawa Miniature Sculpture adalah bermaksud suatu patung kecil dan patung kecil ini adalah seni halus yang dibuat pada skala yang kecil, dengan perhatian kepada perincian minit, yang boleh menahan pemeriksaan rapat atau pembesaran karya tersebut.

Sebagai panduan (tidak peraturan) untuk definisi umum skala kecil, objek atau karya tersebut mestilah tidak lebih daripada 1/6 saiz sebenar.
( Perumpamaan :: kepala manusia adalah kira-kira 9 inci jadi kepala dicat mestilah tidak lebih daripada 1 ½ ".)

Subjek terlalu kecil untuk gambaran dalam 1/6 skala atau kerja bukan perwakilan seperti ringkasan yang disiarkan atau surrealisme boleh memenuhi semangat kecil jika kerja itu memenuhi definisi di atas seni kecil.


Saiz imej tidak boleh melebihi 25 inci persegi.





Friday, December 19, 2014

Mini "Table Sculpture" :: Hasil Projek Akhir

Mock-up pertama yang dibuat adalah untuk menjadi bahan kajian sahaja, untuk projek yang sebenarnya, tanah liat yang diproses khas di gunakan untuk menjadi bahan asas penghasilan 
"Table Sculpture" untuk mock-up terakhir sebelum hasil terbentuk.
Projek seterusnya bertemakan Miniature Sculpture.

pandangan sisi kanan


pandangan sisi kiri


pandangan belakang


pandangan hadapan






Mini "Table Sculpture" :: Proses Penghasilan


Dengan ukuran yang telah diukur untuk menghasilkan mock-up yang pertama, potong gabus hijau mengikut ukuran yang telah ditetapkan.

potong gabus ikut ukuran yang di inginkan.


ukur atau gunakan gambar sebagai panduan untuk mengikut saiz yang di inginkan



potong dengan cermat menggunakan pisau


cuba dapatkan permukaan 3 Dimensi bahagian sisi mock-up tadi yang telah siap di potong



bentukkan mock-up tadi seperti yang terdapat pada lakaran reka bentuk asal mock-up.



Mini "Table Sculpture" :: Perkembangan Idea - Sumber dan Lakaran Idea

 "Table Sculpture"  bermaksud suatu arca yang boleh dikatakan sebagai suatu arca yang berfungsi terus ke atas permukaan meja. Hal ini kerana, tiada cakupan yang khusus tentang  "Table Sculpture" kini. pelbagai teknik yang boleh dilakukan untuk penghasilan  "Table Sculpture"  ini. 

 "Table Sculpture" ini masih di boleh dikategorikan sebagai suatu pengucapan hasil seni yang bersifat tiga dimensi yang boleh diamati dalam ruang realiti atau ruang sebenar.  Kebiasaannya,  "Table Sculpture" dihasilkan dalam saiz yang kecil.

Untuk itu, kali ini temanya ialah "Table Sculpture" yang berekspresi Perakman.

Pada tahap perkembangan idea ini, idea terlebih dahulu digarap dengan mencari contoh-contoh "Table Sculpture"... dan sumber idea utama ialah berpandukan alatan pendidikan di sekolah sebagai pengolahan idea sebelum memasuki tema sebenar.

alat muzik

pemadam papan putih

pendrive

penanda nota

pemadam pensel



reka bentuk pendrive yang dipilih  dan diukur untuk dijadikan mini model (mock-up)





Mini "Table Sculpture" :: Contoh-contoh "Table Sculpture"

Berikut ialah beberapa contoh "Table Sculpture" yang ada dihasilkan...
















Mini "Table Sculpture" :: Definisi dan Pengenalan


 "Table Sculpture"  bermaksud suatu arca yang boleh dikatakan sebagai suatu arca yang berfungsi terus ke atas permukaan meja. Hal ini kerana, tiada cakupan yang khusus tentang  "Table Sculpture" kini. pelbagai teknik yang boleh dilakukan untuk penghasilan  "Table Sculpture"  ini. 

 "Table Sculpture" ini masih di boleh dikategorikan sebagai suatu pengucapan hasil seni yang bersifat tiga dimensi yang boleh diamati dalam ruang realiti atau ruang sebenar.  Kebiasaannya,  "Table Sculpture" dihasilkan dalam saiz yang kecil.

 "Table Sculpture" ini terdiri daripada dua jenis, iaitu :

ARCA BERFUNGSI

Suatu hasil seni yang berbentuk tiga dimensi yang dapat digunakan oleh manusia untuk tujuan tertentu. Penghasilannya menekankan fungsi atau kegunaan sesuatu.
Contoh arca berfungsi ialah labu sayung untuk mengisi air, tugu negara sebagai peringatan, batu nisan untuk menanda kubur dan keris untuk sengaja atau upacara ritual. Namun untuk  "Table Sculpture" , fungsinya mungkin untuk menyimpan barangan kecil atau besar atau digunakan untuk menindan barangan atau helaian. Kebiasaannya  "Table Sculpture" ini berada di atas meja.


FUNGSI :: untuk memberikan satu arahan


FUNGSI :: untuk dijadikan sebagai lampu lantai


FUNGSI :: untuk dijadikan lampu meja


ARCA ESTETIKA

Suatu penghasilan acra estetik menekankan aspek keindahan dan menyampaikan suatu mesej kepada audiens seni. Biasanya arca estetik ini diletakkan di galeri atau tempat yang sesuai atau mudah dilihat audiens. Contohnya di tempat awam seperti di taman atau laman tertentu. Bagi  "Table Sculpture"  ini, fungsinya mungkin hanya digunakan untuk menjadi perhiasan semata-mata.